1. Pengenalan
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
telah membawa kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.Persekutuan Tanah
Melayu terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu iaitu Johor,Negeri Sembilan
, Selangor , Pahang , Perak,Kelantan , Terengganu , Kedah , Perlis dan dua buah
Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Singapura
diletakkan di luar Persekutuan Tanah Melayu seperti yang terkandung dalam dua perjanjian terdahulu , iaitu Malayan Union
(1946) dan Persekutuan Tanah Melayu (1948) . Sarawak dan Sabah terus kekal sebagai Tanah Jajahan
Mahkota . Manakal Kesultanan Brunei terus dilindungi oleh British . Keadaan
ini kekal sehinggalah timbul ura-ura pembentukan Malaysia . Usaha membentuk
persekutuan Malaysia telah menimbulkan reaksi serta cabaran dari dalam negeri
dan negara luar . Namun hal ini ditangani melalui pelbagai usaha . Akhirnya pembentukan
Malaysia akhirnya diterima oleh Perlembagaan Malaysia 1963 telah digubal.
print ni naaa ini yang ini di bawah ni :
8) Rumusan :
Pengetahuan yang diperolehi ialah system pemerintahan demokrasi berparliman merupakan system yang terbaik kerana memberikan ruang kepada rakyat untuk membuat keputusan memilih pemimpin melalui sistem pilihan raya yang telus dan adil .
Iktibar kepada diri , bangsa dan negara ialah rakyat haruslah bersatu-padu kerana ia penting untuk menjamin kestabilan politik dan kemakmuran negara . selain itu , rakyat perlulah sentiasa bersikap matang . justeru , kita haruslah mengelakkan diri daripada peperangan kerana ia merupakan faktor kehancuran negara . selain itu , kita mestilah berhati-hati dengan anasir luar . justeru , kita hendaklah menanam sikap sanggup berkorban . justeru , kita sebagai rakyat Malaysia haruslah sentiasa berani dan tabah untuk mencapai kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik .
Harapan saya ialah agar Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat disegani di persada dunia . selain itu , saya berharap agar rakyat Malaysia bersyukur dengan keamanan yang telah diperolehi oleh negara Malaysia pada masa kini . akhir sekali , saya berharap agar keamanan dan kejayaan yang telah kita kecapi pada masa kini akan berterusan malah bertambah baik .
2. (a) Idea cadangan pembentukan Malaysia :
Cadangan Lord Brassey
Idea pembentukan Malaysia telah dikemukakan
sejak awal abad ke 19. Cadangan
pertama dikemukakan pada tahun 1887 oleh Lord Brassey,iaitu Pengarah Syarikat
Borneo Utara. Beliau mencadangkan
agar kerajaan British menggabungkan Sarawak dan Sabah (Borneo Utara) dengan
Negeri-negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.
Cadangan Sir Malcolm Mac Donald
Pada tahun 1948,Gabenor Jeneral Asia Tenggara
(1949-1952),Sir Malcolm MacDonald mencadangkan supaya Sarawak
,Sabah,Singapura,Brunei,dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.
Cadangan Dato’ Onn Jaafar
Pada tahun 1956,Dato’Onn Ja’afar mencadangkan
agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamakan Malaysia.
Beliau berpendapat British akan menggabungkan
negeri Sarawak,Sabah,Brunei,dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu pada
suatu masa nanti.
Cadangan pemimpin-pemimpin Singpaura
Pemimpin-pemimpin Singapura turut mencadangkan
pembentukan Malaysia seperti Lim Yew Hock,David Marshall (1955) dan Lee Kuan
Yew (1959) . Lee Kuan Yew mendesak British supaya berunding dengan
Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu
sahaja . Idea ini tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman
kerana gabungan ini akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan penduduk..
Cadangan Tunku Abdul Rahman
Pada 27 Mei 1961,Tunku Abdul Rahman menyetujui
gagasan Malaysia dan mencadangkan pembentukannya dalam majlis makan tengah hari
anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi,Singapura . Beliau
menyuarakan harapannya supaya negara Malaysia dapat dibentuk bagi menjamin satu
kedudukan politik yang lebih kukuh dan disegani di rantau ini. Pembentukan
Malaysia dapat mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan social. Menurut beliau,pembentukan Malaysia
memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan.
(b) Sebab-sebab pembentukan Malaysia
Faktor Politik
Keselamatan
Lee Kuan Yew berminat untuk bergabung dengan
Malaysia kerana perkembangan pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihan
raya Hong Lim di Singapura pada bulan April 1961. Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis
akan melemahkan Parti Tindakan Rakyat,atau People’s Action Party (PAP) pimpinan
Lee Kuan Yew. Perkembangan di
Singapura membimbangkan kerana pergerakan yang berlaku akan menggugat rancangan
Kerajaan British dalam memberikan kemerdekaan kepada Singapura . Lee Kuan Yew
menganggap Barisan Sosialis sebagai gerakan berhaluan kiri. Lee Kuan yew menggunakan alasan
ancaman komunis untuk mendesak British menggabungkan Singapura dengan
Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan
Tanah Melayu berpengalaman dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya
(PKM) sepanjang tempoh darurat,iaitu daru tahun 1948 hingga tahun 1960. Ancaman komunis turut berlaku di
Sarawak dan Clandestine Communist Organization (CCO) yang bermatlamat
menjadikan Sarawak sebagai negara komunis. Ancaman
komunis merupakan antara faktor terpenting yang mendorong Tunku Abdul Rahman
mengemukakan idea pembentukan Malaysia. kerana
penyertaan Singapura,Sarawak,dan Sabah dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi
benteng yang kukuh bagi ancaman komunis.
Kemerdekaan
Penubuhan Malaysia mencepatkan kemerdekaan
Sarawak,Sabah,Singapura dan Brunei . Kerana pada masa itu Sarawak,Sabah dan
Brunei masih belum mampu berkerajaan sendiri. Penyertaan
negara-negara ini dalam Malaysia dapat menjamin kemerdekaan yang lebih awal
kerana mengikut perancangan,Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun. Dengan
menyertai Malaysia,negara-negara ini juga dapat menikmati pembangunan
sosial,ekonomi,dan politik.
Dekolonisasi
Penubuhan Malaysia merupakan satu usaha
dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun. Pada masa itu,hampir kesemua negara di
Asia Tenggara telah mendapat kemerdekaan. Dalam
perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) pada tahun 1960,timbul
usul agar tanah-tanah jajahan diberi kemerdekaan. Kejayaan pembentukan Malaysia
diharapkan dapat memberikan kestabilan politik kepada rantau Asia Tenggara. British
berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di
Sinngapura dan wilayah-wilayah Borneo. British
perlu mengambil langkah-langkah ke arah memastikan kepentingan mereka terus terkawal,terutamanya
di pangkalannya,Singapura.
Faktor Ekonomi.
Kerjasama ekonomi.
Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu pasaran
yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri
pertanian. Kerjasama serantau
dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada
di negeri-negeri ini. Tanah
Melayu kaya dengan bahan mentah seperti getah dan bijih timah,Sarawak dan Sabah
mempunyai sumber balak manakala Brunei kaya dengan sumber minyak.
Faktor Sosial.
Kependudukan
Pembentukan Malaysia dapat mengimbangkan jumlah
dan kadar pertumbuhan kaum dalam kalangan negeri anggota dengan memasukkan
Sarawak,Sabah dan Brunei dalam gabungan itu.
3.
Reaksi terhadap pembentukan Malaysia
Reaksi Dalam Negeri
Persekutuan Tanah Melayu
Rakyat Persekutuan Tanah Melayu melihat
persekutuan Malaysia sebagai usaha murni untuk membantu dan memimpin
negeri-negeri anggota. Pengalaman
Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara yang telah merdeka dan menjadi aset
yang boleh digunakan untuk memajukan Malaysia yang akan ditubuhkan. Kebanyakan parti politik di
Persekutuan Tanah Melayu menyokong idea ini tetapi terdapat perbezaan pendapat
tentang cara pelaksanaannya. Parti
Islam Se-Tanah Melayu (PAS) Barisan Sosialis meminta supaya idea ini
dirundingkan terlebih dahulu dalam kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu. UMNO pula menyetujui penggabungan
Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak,Sabah,dan Brunei tanpa Singapura.
Singapura
Parti Tindakan Rakyat(PAP)
Sejak tahun 1950-an lagi,Singapura berhasrat
bergabung dengan Persekutuan tanah Melayu. Lee
Kuan Yew dan partinya,PAP menyokong usaha ini kerana bimbang dengan pengaruh
parti berhaluan kiri yang kuat. Lee
Kuan Yew ingin mempertahankan kedudukannya sendiri. Menjelang bulan Disember 1961,Majlis
Undangan Negeri Singapura meluluskan usul penggabungan ini.
Barisan Sosialis
Parti pembangkang Singapura yang
terbesar,Barisan Sosialis menentang idea pembentukan Malaysia kerana
beranggapan gabungan tersebut merupakan satu bentuk penjajahan baru. Barisan Sosialis menuntut supaya
pandangan rakyat Singapura diperoleh terlebih dahulu sebelum Singapura
menyertai gabungan ini.
Parti Buruh
Parti Buruh pimpinan David Marshall menyokong
pandangan Barisan Sosialis. Parti
Rakyat Bersatu/United People’s Party pimpinan Ong Eng Guan turut menyokong
pandangan barisan Barisan Sosialis. Parti
Rakyat Bersatu menggesa kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rakyat. Pada 1 September 1962,satu referendum
berhubung dengan persoalan dan syarat penggabungan telah diadakan di Singapura. Dalam referendum ini,pengundi-pengundi
Singapura memilih penggabungan diadakan mengikut cadangan kerajaan Singapura
seperti yang dipersetujui dengan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan November
1961.
Sarawak dan
Sabah
Reaksi segera di Sarawak dan Sabah selepas
cadangan pembentukan Malaysia diumumkan adalah ke arah menolak cadangan ini. Sebabnya kedua-dua negeri ini telah
lama berada di bawah pemerintahan British,iaitu Sabah selama 61 tahun dan
Sarawak lebih daripada satu abad. Ramai
yang ingin kekal di bawah pemerintahan British kerana mereka belum ada
keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri. Sebelum ini,peluang mereka terlibat
dalam politik adalah terhad.
Sarawak
Kesemua parti politik di Sarawak akhirnya
menyokong Sarawak menyertai Malaysia walaupun pada peringkat awalnya mereka
menentang kerana mereka inginkan kemerdekaan Sarawak dicapai terlebih dahulu. Hanya SUPP yang terus menentang
pembentukan Malaysia. Pada bulan
Oktober 1962,lima buah parti,iaitu PANAS,SNAP,BERJASA,SCA,dan PESAKA telah
bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak. Parti
Perikatan Sarawak telah berjuang ke arah menyokong Sarawak menyertai Malaysia
dan berusaha menyekat pengaruh SUPP.
Sabah
Di Sabah,masih belum terdapat parti-parti
politik,namun pengumuman tentang gagasan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman telah
melahirkan beberapa buah parti politik di Sabah. Parti-parti politik ini bertujuan
mengemukakan pandangan dan mendapatkan sokongan tentang gagasan Malaysia. Pada bulan September 1961,kelima-lima
parti politik,iaitu UNKO,USNO,Parti Pasok Momogun,Parti Bersatu dan Parti
Demokratik bergabung membentuk Parti Perikatan Sabah. Kesemua parti di Sabah menyokong
penyertaan Sabah dalam Malaysia. Parti
Perikatan telah mengemukakan tuntutan yang mempunyai 20 syarat yang dikenal
sebagai Perkara 20. Tuntutan ini
kemudiannya turut diterima oleh Sarawak. Perkara
20 menyenaraikan tuntutan Sarawak dan Sabah yang hendak dimasukkan ke dalam
Perlembagaan Malaysia yang baru oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK). Laporan JAK telah memuatkan tuntutan
tersebut yang kemudiannya menjadi asas kepada pembentukan perlembagaan Malaysia
yang baru. Tuntutan tersebut
dapat melindungi hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak diberikan hak
wilayah asingan yang menyentuh perkara seperti ketua negeri/Bahasa
Kebangsaan/Agama Islam/kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan hal ehwal
imigresen/kerakyatan/peruntukan kewangan/pelajaran. Menjelang akhir tahun 1961,ramai
pemimpin dan rakyat Sarawak dan Sabah mulai menyokong pembentukan Malaysia. Perubahan sikap ini didorong oleh
usaha kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu menjelaskan tentang gagasan
Malaysia dan mempertimbangkan pandangan penduduk Sarawak dan Sabah. Semangat perpaduan dan sikap toleransi
yang diperlihatkan oleh para pemimpin Tanah Melayu seperti Tunku Abdul
Rahman,Tun Abdul Razak,Tun V.T Sambanthan dan Tun Tan Siew Sin telah membantu
kepada perubahan sikap ini. Usaha
ini turut mendapat kerjasama daripada pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah
seperti Datu Mustapha datu Harun,Temenggung Jugah,Donald Stephen,Ong Kee
Hui,dan Stephen Kalong Ningkan.
Brunei
Sultan Brunei,Sultan Omar Ali Saifuddin
menyokong gagasan Malaysia pada peringkat awalnya. Sultan Brunei telah membentuk sebuah
suruhanjaya untuk meninjau pendapat rakyat Brunei. Parti Rakyat Brunei (PRB) pimpinan A.M
Azahari menentang gagasan Malaysia kerana PRB ingin menubuhkan Persekutuan
Borneo,iaitu kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Sarawak,sabah dan
Brunei. Anggota PRB menganggap
gagasan Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme. A.M Azahari telah melancarkan
pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) yang
ditubuhkan di beberapa buah bandar di Sarawak,Sabah dan Brunei. Pemberontakan ini dilancarkan apabila
Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei diadakan.Sultan Brunei terpaksa
menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia. A.M Azahari dan pendokongnya mendapat
bantuan dan sokongan daripada Indonesia dan Filipina. Pemberontakan Brunei yang berlaku pada
7 Disember 1962 dapat dipatahkan oleh tentera British tetapi A.M Azahari yang
berada di Manila tidak dapat ditangkap. A.M
Azahari kemudiannya mendapat perlindungan politik di Indonesia.
Reaksi Negara
Luar
Indonesia
Indonesia membantah pembentukan Malaysia
walaupun pada peringkat awalnya Indonesia tidak menunjukkan sebarang reaksi
terhadap pembentukan Malaysia. Penentangan
Indonesia hanya berlaku pada akhir tahun 1962 kerana Indonesia berpendapat
bahawa pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme yang akan
mengancam Indonesia. Pandangan
yang disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) telah mempengaruhi Presiden
Soekarno untuk mengisytiharkan Dasar Konfrontasi. Pada 20 Januari 1963,Indonesia
melancarkan Dasar Konfrontasi dari segi ekonomi dan kemasyarakatan terhadap
Malaysia dengan konsep Ganyang Malaysia. Ganyang
Malaysia merupakan dasar Indonesia untuk memusnahkan pembentukan Malaysia. Antara tindakan Indonesia melalui
Ganyang Malaysia ialah menghantar pengintip untuk memusnahkan gagasan Malaysia
dari dalam secara sulit. Pada
peringkat permulaan,Indonesia melakuakan serangan terhadap kapal-kapal nelayan
Tanah Melayu dan melakukan pencerobohan udara. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
tidak mengambil sebarang tindakan pada peringkat ini tetapi apabila tentera
Indonesia mula melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor,Sarawak dan
Sabah,Malaysia bertindak balas dengan bantuan tentera Komanwel dari
Britain,Australia,New Zealand dan Kanada. Malaysia
mempunyai perjanjian pertahanan dengan Britain. Tunku Abdul Rahman mengambil tindakan
menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu
berhubung dengan pencerobohan Indonesia terhadap Tanah Melayu,Sarawak dan
Sabah. Ancaman Indonesia untuk
menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi tidak berlaku tetapi sebaliknya tindakan
ini telah menjejaskan Indonesia sendiri. Malaysia
juga terpaksa mengambil langkah memelihara kedaulatan negara dan rakyatnya
apabila Indonesia bertindak memburukkan nama Malaysia di negara Afro-Asian dan
negara Dunia Ketiga. Perwakilan
Malaysia yang diketuai oleh Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke beberapa buah
negara Afrika untuk menjelaskan masalah hubungan diplomatik antara Indonesia
dengan Malaysia. Hubungan tegang
antara Indonesia-Malaysia berterusan hingga bulan September 1965 apabila
berlaku pemberontakan bersejanta di Indonesia. Presiden Jeneral Soeharto telah
menggulingkan Presiden Soekarno dalam pemberontakan tersebut. Presiden Soeharto telah menghantar
Menteri Luar Indonesia,Adam Malik bagi memulihkan hubungan diplomatik
Indonesia-Malaysia. Perundingan
telah diadakan di Bangkok pada tahun 1966 dan Malaysia diwakili oleh Tun Abdul
Razak Hussein. Menjelang bulan
Ogos 1966,konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia ditamatkan.
Filipina
Pada
tahun Jun 1962,kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Macapagal membuat
pengumuman rasmi untuk menuntut hak terhadap Sabah. Kerajaan Filipina mendakwa bahawa
Sabah masih merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu. Tuntutan Filipina dibuat berdasarkan
perjanjian yang ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam
dengan Baron Overbeck. Baron
Overbeck kemudiannya telah menjualkan haknya kepada Alfred Dent yang menubuhkan
syarikat perdagangan yang berjaya memperoleh Piagam Diraja daripada British. Pada tahun 1881,syarikat ini dikenal
sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB) Syarikat
ini memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun dan pada tahun 1946,SBUB
menyerahkan pemerintahan Sabah kepada British. Pada 22 Januari 1958,waris Sultan Sulu
yang terakhir iaitu Sultan esmail Kiram telah mengisytiharkan bahawa pajakan
ini tamat. Walau bagaimanapun
,menjelang bulan Jun 1966,Filipina mengiktiraf penubuhan Malaysia untuk
membaiki hubungan antara Malaysia-Filipina melalui MAPHILINDO
(Malaysia,Filipina,dan Indonesia)
4. Bagaimanakah para pelajar dapat
memupuk semangat perpaduan?
Seorang pelajar dapat memupuk semangat perpaduan dengan cara
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
komunikasi . selain itu , pelajar juga perlu menyertai aktiviti sukan di
sekolah . di samping itu , pelajar juga perlulah melibatkan diri dalam aktiviti
perkhemahan yang terdiri daripada pelajar pelbagai kaum. Justeru , pelajar dapat memupuk
semangat perpaduan juga dengan cara mempelajari kepelbagaian budaya di Malaysia. Selain itu pelajar perlu mengadakan
minggu/bulan berkaitan dengan Semangat 1 Malaysia.
Dan seterusnya sambung menggunakan isi yang
berikut :
- Menghormati budaya/kepercayaan sesuatu
kaum.
-Bergaul mesra sesama rakan pelajar pelbagai
kaum.
-Menyertai aktiviti kokurikulum secara aktif.
-Mengadakan kumpulan perbincangan/group study
yang melibatkan pelbagai kaum.
-Mendeklamasikan sajak bertemakan “Perpaduan”
-Mengunjungi rumah terbuka bagi rakan-rakan yang
berlainan bahasa.
-Mengadakan aktiviti gotong-royong di sekolah.
-Menjaga/meningkatkan nama baik sekolah secara
bersama.
*bagi isi ikut jumlah
markah .
5. Kejayaan Malaysia yang
boleh dibanggakan oleh generasi kini
Kejayaan
Malaysia yang boleh dibanggakan oleh generasi pada masa kini ialah Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas
Kuala Lumpur (KLCC)
dan Litar Sepang . selain dari itu , Perisytiharan
Melaka/Pulau Pinang/sebagai bandaraya warisan dunia juga salah satu kejayaan
yang boleh kita banggakan . justeru :
-Kejayaan pelayar negara Dato Azhar Mansor
berjaya mengelilingi dunia.
-Program Angkasawan Negara/Dr.Sheikh Muzaffar
Shukor.
-Dato’ Sharifah Mazlina berjaya merentasi kutub selatan
.
-Koridor Raya Multimedia (MSC)
-Dato Malik Maidin merentasi Selat Inggeris.
-Jambatan Pulau Pinang.
-Kemajuan sistem pengangkutan/LRT/MRT/Monorel.
-Kereta buatan Malaysia iaitu /Proton
Saga/Myvi/Preve/Persona/Inspira
6. (a) Cabaran menjamin kedaulatan negara
dan bangsa Malaysia
Cabaran menjamin kedaulatan negara dan
bangsa ialah :
-Keruntuhan akhlak remaja.
-Nilai-nilai kemanusiaan semakin pudar.
-Penyalahgunaan dadah.
-Institusi
kekeluargaan semakin luntur/penceraian meningkat.
-Demonstrasi jalanan untuk menyuarakan
ketidakpuasan hati.
-Msalah kemiskinan.
-Kadar pengangguran tinggi.
-Sekatan/kawalan negara maju.
-Penyalahgunaan ICT.
(b) Langkah-langkah
untuk mengatasi cabaran.
Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran ialah dengan cara melahirkan modal insan berkualiti . Selain itu , memperkukuhkan lagi jati diri
dengan cara mengikuti program PLKN .
justeru …
-Menerapkan integriti/anti rasuah.
-Merealisasikan wawasan 2020
-Menjayakan konsep 1 Malaysia
-Memperkasa sekolah agama
-Mengukuhkan institusi kekeluargaan.
-Memantapkan peranan masyarakat untuk mengatasi
gejala sosial.
-Menguatkuasakan undang-udang secara adil
7. Penerapan nilai-nilai
murni/iktibar/patriotisme
-Kerjasama antara
pemimpin-pemimpin/pemimpin-rakyat.
-Berfikiran positif
-Melakukan rundingan untuk menyelesaikan
masalah.
-Berdaya saing.
-Memanfaatkan kurniaan Tuhan.
-Pemikiran yang matang.
-Mempunyai sikap positif.
-Mengekalkan tradisi bangsa.
-Berbangga dengan pencapaian negara.
-Tidak mudah putus asa.
-Memelihara jati diri.
-Tidak bekerjasama dengan kuasa asing yang
merosakkan negara
-Mengukuhkan perpaduan kaum.
-Berdisiplin